Monday, May 9, 2011

1 DINAR BORNEO 24K  4.44g sudah siap untuk dimiliki...


UPDATE 12 April 2011 : SAYA MEMPELAWA TN/PN YANG BERMINAT UNTUK JOINT BULK ORDER 1 DINAR BORNEO 24K. HARGA TERENDAH DAN AUTOMATIK MENJADI AGEN /@ WAKALA. HUBUNGI SAYA SEGERA !

Standard ini berdasarkan ijtihad Islamic Mint Nusantara...

Saya telah meneliti dan memutuskan untuk mengeluarkan 1 Dinar Borneo mempunyai ketulenan 999 24K dan berat 4.44g. Dengan itu, saya menghentikan pengeluaran untuk 917, 22K dan berat 4.25g...Keputusan ini akan kekal insyaAllah sehingga 1 fatwa besar dikeluarkan oleh ulama-ulama muktabar dan bijak pandai dunia terhadap ketetapan standard Dinar.


Saya memilih standard 24K 4.44g berdasarkan pertimbangan:

  • Emas 24K sudah sedia diiktiraf di seluruh dunia sebagai emas yang paling bernilai. Ianya selari dengan fitrah manusia yang inginkan yang terbaik. Malah Allah sendiri mengiktiraf emas di dalam al-quran yang juga merupakan logam berasal dari syurga.  Maka Dinar 24K beserta Kalimah Tauhid InsyaAllah akan dipandang tinggi seterusnya mampu mengembalikan zaman kegemilangan Islam.
  • Berat 1 dinar 4.44g  dengan ketulinan 999.9/24k adalah menepati kiraan zakat, iaitu 88g bersamaan 20 dinar & zakat yang wajib dikeluarkan ialah 1/2 dinar. Berbanding emas 917, setelah tolak 8.3% (cooper & silver) tinggal 3.9gx20=78g sahaja.
  • Sifat emas tulen 24K ini telah semulajadi yang Allah ciptakan.  Sifat warna 24K adalah kuning keemasan asli, tetapi jika warnanya  kuning cerah, kuning kehijauan, kuning keunguan, atau kuning keperangan bermakna emas telah dicampur dengan logam lain. 'Hint' pertama untuk mengelakkan penipuan Dinar Borneo 999.  Sifat kedua iaitu kelembutan.  Apabila Dinar senang terguris atau kemek bermakna dinar adalah tulen, tetapi jika ia keras, ia telah dicampur.  Pendapat berkenaan kelembutan ini adalah kelebihan untuk kita mengelak penipuan untuk dinar 999.
  • Selain itu, ada beberapa sifat emas yang basic kita blh kaji, termasuk konduksi elektrik menggunakan test meter microohm, menggunakan magnet kuat - emas & perak tidak ada elektromagnet, begitu juga ukuran emas & perak 999 adalah tetap.
# Dengan ini 1 Dinar Borneo 24K adalah untuk bermuamalah dan terma-terma syariah lain. Kalimah Tauhid dan sifatnya yang lembut secara automatik membuatkan kita akan berhati-hati semasa menggunakannya#

Standard ini berdasarkan ijtihad Islamic Mint Nusantara...
http://islamhariini.wordpress.com/

Disebabkan standard yg berlainan berat & ketulinan yang berada di Malaysia & Indonesia, saya ingin mengingatkan bahawa
"pertukaran emas dengan emas, perak dengan perak dalam bentuk apa jua dinar, dirham, jongkong & barangan perhiasan hanya boleh berlaku apabila SAMA  berat & sama tulin...jika TIDAK sama berat & tidak sama tulin maka pertukaran menyebabkan RIBA yang pada ketika ini kita orang2 Islam seantero nusantara sedang memeranginya!..tukaran lebihan bayaran boleh berlaku antara dinar & dirham (emas & perak)...

No comments:

Post a Comment