Thursday, December 30, 2010


Kenapa Simpan Emas/Dinar dan Perak/Dirham?

Secara ringkasnya memang banyak sebab kenapa perlu menyimpan asset dalam bentuk emas/dinar dan perak/dirham. Saya senaraikan beberapa yang penting saja, kut anda fikir saya bagi sebab banyak-banyak supaya beli dari saya, sebenarnya tak. Biarlah anda sedar sendiri tentang keperluan menyimpan dinar dan dirham tanpa paksaan dari sesiapa. Antara sebab-sebabnya seperti berikut:


1)     EMAS DAN PERAK IALAH KEKAYAAN YANG SEBENAR



Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.
Emas dan perak sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Ianya akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas/perak ia tetap bernilai.


2)    PORTFOLIO ASET SIMPANAN YANG UNGGUL DAN SUBUR



Ramai maklum dan mungkin terlibat secara langsung dengan portfolio simpanan termasuk akaun simpanan peribadi, simpanan tetap, ASB, simpananan-simpanan lainnya. Setiap daripada simpanan akan mendapat imbalan dalam bentuk kadar bunga/dividen yang kebanyakannya sekitar 3-8% setahun.

Berdasarkan data inflasi Malaysia, kadar inflasi berlegar sekitar 2-5% setahun. Ini memberi implikasi bahawa kenaikan bunga/dividen tidaklah sebanyak mana apabila ditolak kesan inflasi. Hal ini tidak terjadi kepada emas dan perak kerana ianya bebas inflasi akibat system kewangan yang terdedah dengan riba. 1 gram yang kita simpan 20 tahun dahulu ianya masih tetap 1 gram kini (2010) dalam ertikata masih boleh membeli barang yang sama, TETAPI tidak pada RM1 pada 20 tahun dahulu kini tinggal nilai 0.10/0.20 sen sahaja.
Emas dan perak merupakan asset yang subur disebabkan zakat yang ditunaikan ke atasnya bagi emas dan perak yang cukup haul dan nisab.  


3) NILAI WANG KERTAS SEMAKIN JATUH

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia merupakan ciptaan barat sebagai medium pengganti Dinar/Dirham pada masa dahulu. Ia hanya berharga 10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana cetakan ‘wang ketas ini sah diperlakukan dengan nilai’ dan ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 20 tahun lepas 30 sen boleh membeli sepiring nasi kuning (di Sabah-Tawau), kalau kt semenanjung nasi lemak yang popular. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi kuning paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 500% selama 20 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada hari ini 1 Disember 2010 adalah lebih kurang RM 630). Begitu juga halnya 1 Dirham (perak 999) boleh membeli seekor ayam pada zaman nabi dan masih boleh beli ayam masa kini. (harga 1 dirham hari ini 1 Disember 2010 sekitar RM21.00)

4) ASET YANG TERUNGGUL

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.
 

5) TIDAK BOLEH DIMANIPULASI


Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara contoh kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Perbandingan Antara Emas dan Wang Kertas

Gambarajah di atas menunjukkan graf harga emas dalam USD untuk tahun 2010. Pada Januari 2010 harga emas 1 ounce bersamaan =/-USD 1100 = RM3300. Menjelang akhir 2010 (24 Disember 2010) harga emas mencecah USD 1400 = RM4200. Saya tak ulas pun anda lebih arif baca dan analisa graf tu…Cuma nak beritahu nilai emas berbanding wang kertas mencapai nilai tertinggi dalam sejarah.


Sementara itu graf di atas menunjukkan trend harga emas 10 tahun kebelakangan. Dapat dilihat trend kenaikan harga emas ketara sejak 2005 hingga sekarang.  Bermula pada harga +/- USD 300=RM900, hingga mencecah +/- USD 1100 = RM3300 untuk 1 ounce. Bayangkan…ya   maksud saya congak sendiri!

Yang Lebih Menarik! Ini ramai yang tak sedar. (tips bocor dari saya). Kenaikan harga silver/perak/dirham jauh lebih melangkaui berbanding kenaikan harga emas! Cuba anda analisa carta harga silver di bawah. Pada Januari 2000, harga silver hanya USD5 = RM15 untuk satu aunce. Pada 24 Disember tahun ini, harga silver mencapai paras tertinggi apabila mencecah USD30 = RM90…Wah! Makin menarikkan? Apa lagi anda tunggu simpanlah kalau tak mampu sekeping dinar (RM635), simpanlah sekeping dirham (RM21) sekarang!

 

Tindakan Anda?
Seperti saya juga, sebelum terbit kesedaran (hidayah dariNya) bila orang datang dan bercakap kepada saya tentang emas dan perak saya pun ‘blur’. Nak-nak lagi saya lelaki, kalau perempuan tu mungkinlah terdedah sedikit dengan perubahan dan kenaikan nilai emas. Seperti kawan-kawan saya yang dah lama sedar tentang emas dan perak ni, mereka mengatakan memang ramai yang tidak nampak tentang perlunya menyimpan emas dan perak malah ada yang mengatakan mereka ‘gila’, ‘Awak nak buat ape simpan emas dan perak ni?’. Tapi itu kisah 1-2 tahun dahulu, kini mereka dah senyum lebar sebab sudah mula menyimpan asset sejak beberapa tahun lepas dan sudah ada berkilo-kilo emas dan perak. (Sekadar satu contoh, kawan saya beli 1 kg emas pada tahun 2009 pada harga RM113,000 kini bernilai sekitar RM145,000 (2010)).
Dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, sementelahan duit RINGGIT MALAYSIA  dan kebanyakan duit-duit lain di dunia disandarkan kepada DOLLAR AMERIKA, maka bila-bila masa nilai matawang tidak selamat. Sekarang pun kita boleh saksikan betapa DOLLAR AMERIKA termasuk RINGGIT MALAYSIA  semakin  susut nilai.
Jadi, saranan saya (bukan jadi ‘gila’) dapatkan info seluas-luasnya tentang emas dan perak. Buat analisis anda sendiri, bentangkan asset dan simpanan anda yang ada sekarang dan jangkakan beberapa tahun mendatang…Saya yakin anda jumpa sesuatu. Bila dah jumpa boleh lah hubungi saya untuk kita sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman seterusnya berganding bahu memartabatkan Dinar dan Dirham sebagai matawang hakiki. Insyaallah…amin.

No comments:

Post a Comment