Thursday, December 30, 2010

 Dinar dan Dirham Serta Spesifikasinya

Khalifah Umar Al-Khattab telah menetapkan, untuk menempa syiling matawang dari logam EMAS & PERAK, maka sesebuah negara Islam itu mestilah menempa dengan kualiti tempaan yang terbaik,
menempa dengan mutu yang tertinggi, dan hukum penempaan syiling logam ini mesti dibuat mengikut "HUKUM BERAT" seperti di bawah:

( 7 Syiling DINAR = 10 Syiling DIRHAM )
Umat Islam itu terletak di bawah 1 payung pemerintahan yang besar, oleh kerana DINAR & DIRHAM itu merupakan matawang Islam yang wajib didaulatkan, maka untuk mengenang wasiat terakhir Nabi Muhammad kepada umatnya di akhir zaman, dan perlu pula diikuti oleh manusia selagi belum tiba hari kiamat, maka dengan kurniaan IQ yang tinggi kepada Khalifah Agung yang bernama Umar Al-Khattab, beliau telah mengistiharkan undang-undang untuk menempa matawang logam daripada unsur EMAS & PERAK, lalu jadilah piawaian sedunia yang dipakai sehingga ke hari ini yang telah menjangkau usia penggunaan 1400 tahun, kekal sepanjang zaman.

Semua syiling yang ditempa di bawah pengawasan & piawaian oleh ( World Islamic Mint ) ,

mempunyai "cetakan belakang" yang sama, manakala, "cetakan hadapan" boleh berubah mengikut syarikat penempa yang menghasilkan syiling ini. Permukaan syiling di "cetakan hadapan" boleh mengandungi:
- logo kerajaan negeri
- logo persatuan
- logo syarikat yang menempanya
- atau sebarang logo yang menunjukkan "identiti"
Untuk piawaian seluruh dunia bagi "cetakan belakang" syiling Dinar & Dirham,
pihak ( World Islamic Mint ) telah menetapkan ciri baru ini, ianya wajib diikuti oleh mana-mana penempa syiling dari mana-mana negara yang menyertainya, mereka yang berminat menghasilkan syiling Dinar & syiling Dirham matawang Dunia ini, perlulah mempunyai
 "cetakan belakang" seperti gambar di bawah:







No comments:

Post a Comment